[Advisorygroup] Fwd: PERMOHONAN KERJASAMA BAGI MENJAYAKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI MELAKA (INI MASA KITA)
Shamsunnisa MAAJ
ceo.mis93 at gmail.com
Mon Jul 17 03:38:20 MDT 2023
Yours sincerely,
Shamsunnisa
Shamsunnisa binti M.A. Abdul Jabbar
Director/CEO
Melaka International School,
wholly owned by LONGTERM FOCUS SDN. BHD. 255332-T
550G, K.B. 3, Taman Siantan,
Kampung Lapan, 75200 Melaka.
H/P: +60126520142
Tel: +606-3368781
Fax: +606-3368789
*IMPORTANT*: This e-mail (including any attachment hereto) is intended
solely for the addressee and is confidential and privileged. If this
should have been sent to you in error, you are not to reproduce, distribute
or take any action in reliance on it. Kindly notify us by replying to this
email and delete the e-mail and all attachments immediately.
---------- Forwarded message ---------
From: Majlis Gabungan Belia Melaka <mgbmelaka at gmail.com>
Date: Mon, 17 Jul 2023 at 15:59
Subject: PERMOHONAN KERJASAMA BAGI MENJAYAKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA
TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI MELAKA (INI MASA KITA)
To: <ceo.mis93 at gmail.com>
Cc: <irfan.ishak81 at gmail.com>
*Yang Berbahagia Prof. Datuk/ Yang Berbahagia Dato'/ Yang Berusaha Prof.
Dr./ Yang Berusaha Dr./ Yang Berusaha Tuan/Puan*
2. Adalah dimaklumkan bahawa *Majlis Gabungan Belia Melaka* bersama *Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Melaka* dan *Kerajaan Negeri Melaka* akan
menganjurkan *Sambutan Hari Belia Negara (SHBN) 2023 peringkat Negeri
Melaka* pada *20 Ogos 2023, Ahad *bertempat di *Kompleks Sukan Masjid
Tanah, Melaka*. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan dengan sasaran
kehadiran seramai 10,000 orang bermula jam 07.00pagi sehingga jam
05.00petang. SHBN 2023 Negeri Melaka akan dirasmikan oleh *Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka*.
3. Hari Belia Negara merupakan salah satu menifestasi kerajaan dalam
mengiktiraf peranan belia sebagai tunjang pembangunan dan pemimpin masa
depan Negara. Penglibatan belia sekian lama sebagai rakan pembangunan
negara sangat signifikan dalam kegiatan berpersatuan mahupun dalam Badan
bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan idealisme, intelektualisme, aktivisme
dan spiritualisme dapat dimanfaatkan dengan baik demi masyarakat dan
negara.
4. Sehubungan dengan itu, MGBM ingin memohon kerjasama dan bantuan
daripada Yang Berbahagia Prof. Datuk/ Yang Berbahagia Dato'/ Yang Berusaha
Prof. Dr./ Yang Berusaha Dr./ Yang Berusaha Tuan/Puan untuk *membawa
pelajar hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2023 peringkat
Negeri Melaka pada jam 03.00 petang*. Setiap penyertaan pelajar akan
disediakan jamuan ringan, sijil penyertaan dan adalah *dipohon agar
pengangkutan pergi dan balik disediakan* *oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk/
Yang Berbahagia Dato'/ Yang Berusaha Prof. Dr./ Yang Berusaha Dr./ Yang
Berusaha Tuan/Puan*.
5. Ringkasan pelaksanaan program dan aturcara majlis perasmian disertakan
pada halaman lampiran untuk rujukan dan tindakan daripada Yang Berbahagia
Prof. Datuk/ Yang Berbahagia Dato'/ Yang Berusaha Prof. Dr./ Yang Berusaha
Dr./ Yang Berusaha Tuan/Puan selanjutnya.
6. Sebarang maklumbalas boleh dipanjangkan kepada pihak sekretariat program
ditalian 06-2343634/012-902 6712, Cik Adillah. Atas kerjasama dan
keprihatinan Yang Berbahagia Prof. Datuk/ Yang Berbahagia Dato'/ Yang
Berusaha Prof. Dr./ Yang Berusaha Dr./ Yang Berusaha Tuan/Puan akan hasrat
ini,MGBM amat menghargainya dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“KOMITED KE ARAH KEJAYAAN”
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: <http://mis.edu.my/pipermail/advisorygroup_mis.edu.my/attachments/20230717/5dab1486/attachment-0001.html>
-------------- next part --------------
A non-text attachment was scrubbed...
Name: HBN ES.pdf
Type: application/pdf
Size: 114805 bytes
Desc: not available
URL: <http://mis.edu.my/pipermail/advisorygroup_mis.edu.my/attachments/20230717/5dab1486/attachment-0003.pdf>
-------------- next part --------------
A non-text attachment was scrubbed...
Name: Borang Pengesahan Kehadiran IPT.pdf
Type: application/pdf
Size: 80428 bytes
Desc: not available
URL: <http://mis.edu.my/pipermail/advisorygroup_mis.edu.my/attachments/20230717/5dab1486/attachment-0004.pdf>
-------------- next part --------------
A non-text attachment was scrubbed...
Name: HBN - Pengurusan Dan Sains.pdf
Type: application/pdf
Size: 115563 bytes
Desc: not available
URL: <http://mis.edu.my/pipermail/advisorygroup_mis.edu.my/attachments/20230717/5dab1486/attachment-0005.pdf>
More information about the Advisorygroup
mailing list